Aku mencari-cari sinar cahaya di dalam sebuah kehidupan... Sinar yang tak mungkin dapat aku beli dengan wang ringgit. Hanya kepadaNya tempat aku memohon.. Aku hanya manusia biasa yang juga ingin di cintai dan menyintai.. Namun,,cinta manusia amat susah untuk menemui cinta yang sejati.. Cinta sesama manusia akan berakhir..tetapi..cinta kepada yang Esa membawa kita ke alam syurga. Ya Allah..aku tercari-cari cahayamu untuk menerangi jalan hidupku. Aku tidak mahu tersasar jauh dari landasanMu. Kau temukan lah aku dengan seorang insan yang mampu membimbing aku ke jalan Mu. Kau temukanlah aku dengan insan yang mampu aku bergantung di kala aku dilanda kesusahan.. Agar hatiku tidak terpesong dari landasan Mu. Yang akan memberi aku sebuah kebahagiaan yang berkekalan..
Sinar yang aku harapkan bukan untuk cintaku kepada manusia semata-mata. Tetapi...untuk mendapatkan keredhaanMu Ya Allah.. Aku hanya hambaMu yang lemah.. Yang bisa saja tergelincir dari landasanMu kerana keasyikkan duniawi. Hanya Engkau tempat untukku menCARI NUR yang aku impikan..

No comments:
Post a Comment